Oleh: Nadzir Helmi
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan laporan polis secara besar-besaran terhadap Dr. Sathia Prakash, pemimpin PKR, susulan dakwaan palsu yang memutarbelitkan ucapan YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan menokok tambah kenyataan seolah-olah beliau menyebut "Cina balik China" dan "India balik India".
Tindakan memanipulasi ucapan sehingga mengubah keseluruhan maksudnya bukan sahaja merupakan fitnah terhadap seorang pemimpin, malah berpotensi mencetuskan kebencian, permusuhan dan ketegangan antara kaum. Perbuatan sedemikian tidak boleh dipandang ringan dan wajar disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan penyebaran maklumat palsu, hasutan serta mana-mana kesalahan lain yang berkaitan.
Pemuda PAS Malaysia menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian negara agar bersama-sama membuat laporan polis bagi memastikan pihak yang menyebarkan fitnah dan mengapi-apikan sentimen perkauman dibawa ke muka pengadilan.
Berbeza politik bukan lesen untuk memfitnah. Jangan bakar sentimen perkauman demi kepentingan politik.
0 Comments