PUTUS DEMI PRINSIP, BUKAN DEMI KEPENTINGAN

 

Oleh: Dr Tengku Muhammad Fakhruddin

Ketua Pemuda PAS Dungun/ADUN Sura

Putus bukan bererti lemah. Kadang-kadang putus itu tanda kita kembali kuat.

Bila PAS memilih untuk berdiri atas prinsip, ramai menjangka PAS akan kehilangan sokongan. Yang berlaku sebaliknya.

Semakin ramai orang Melayu, profesional, anak muda, aktivis dan tokoh masyarakat mula melihat PAS sebagai parti yang paling konsisten mempertahankan Islam, Melayu dan kepentingan rakyat tanpa tunduk kepada mana-mana pihak.

Hari ini, telefon dan WhatsApp pemimpin PAS mula dipenuhi pertanyaan:

“Macam mana nak masuk PAS?”

Rakyat sedang membuat penilaian sendiri. Mereka melihat siapa yang berjuang untuk umat, dan siapa yang hanya berjuang untuk kedudukan.

PAS tidak kehilangan apa-apa dengan berpisah daripada mereka yang tidak lagi sehaluan. Sebaliknya PAS sedang memperoleh sesuatu yang jauh lebih besar iaitu kepercayaan rakyat.

Apabila prinsip dipertahankan, Allah akan gantikan dengan kekuatan yang lebih besar.

PAS tidak semakin kecil selepas berpisah. PAS semakin membesar dalam hati rakyat. 💚

Post a Comment

0 Comments