Oleh: Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff
Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi Lajnah Penerangan PAS Pusat
Tadi aku tengok video ceramah Nga Kor Ming dalam PRN Johor. Antara yang dia sebut, Kelantan diperintah PAS selama 30 tahun. Sebab itu kelantan ada banyak;
(1) AIDS
(2) Kes rog0l
(3) Kes d@dah
Sebagai Menteri, aku rasa sepatutnya dia kena jujur dalam menyampaikan fakta. Bukan temberang sana sini untuk dapatkan undi.
Okey sekarang aku nak jawab hujah dia.
Dia kata Kelantan tertinggi AIDS. Menurut data KKM yang disebutkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan dalam Parlimen, kes AIDS baharu tertinggi adalah Selangor - 34.1%, Kuala Lumpur - 11.4% dan Sabah 10.8%. Celah mana Kelantan tertinggi?
Kes rog0l pula, mengikut kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution pada 24 Februari 2026, Selangor merekodkan jumlah kes rogol tertinggi iaitu sebanyak 3,392 kes dengan 1,575 kes dituduh. Celah mana Kelantan tertinggi kes rog0l?
Mengenai kes dadah, benar Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mencatatkan kes dad@h tertinggi. Namun ianya kerana empat negeri ini berdekatan dengan sempadan dengan Thailand. Cumanya kemasukkan dad@h dalam negara ni takkan salah Kerajaan Negeri? Sedangkan agensi penguatkuasaan seperti Polis, Kastam, AADK adalah bawah Kerajaan Pusat.
Dari hujah aku diatas, nampak sangat Nga Kor Ming ni membongak. Kalau nak ikut hujah dia, maka kes Aids dan rog0l tertinggi adalah Selangor. Sapa perintah Selangor? PAKATAN HARAPAN. Jadi patutlah rakyat Johor tolak Pakatan Harapan kan?
Aku harap pengundi di Johor tak terpengaruh dengan hujah b0doh Nga Kor Ming ni. Mengarut.
Satu lagi aku nak cabar Nga Kor Ming, kalau berani datanglah ceramah macam ni kat Kelantan. Nak merasa kena jerkah dengan orang Kelantan boleh lah.
Memang biad@b betul Menteri sorang ni. Biad@b terhadap rakyat Kelantan.
Kepada pimpinan politik Kerajaan Madani. Cukuplah main politik kotor macam ni. Berlaku jujur dalam berpolitik. Jangan bawa budaya pitenah politik.
Gi kempen ceritalah kejayaan Kerajaan Madani. Biar rakyat konfiden dengan Kerajaan Madani. Kecuali Kerajaan Madani takde kejayaan langsung. Mungkin sebab tu dok reka cerita depan pengundi. Betul tak?
Salam Hormat,
Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff

0 Comments