TAK PAYAH MENGEJEK, SEMUA GABUNGAN PARTI HADAPI MASALAH

 

Oleh: Muhammad Tajri

Cybertrooper PKR (yang bergelar Ceplos) canangkan bahawa PAS bukan parti yang boleh bertahan dengan gabungan politik. Sama ada PAS melarikan diri, rakan kongsi keluar gabungan atau ahli-ahli gabungan tidak berbalah tapi gabungan itu sendiri yang ghuyub akibat tidak diterima rakyat. 

Bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Gagasan Sejahtera dan Muafakat Nasional, semuanya berkubur. Kini Perikatan Nasional pula dikatakan bagai telur di hujung tanduk, tunggu masa nak hancur.

Cybertrooper PAS (yang bergelar Mujahid Siber) pula membalas. Elehh, cakap tak tengok cermin. Presiden PKR lagi banyak kes cerai politik. Semuanya dengan kawan-kawan paling rapat. Antaranya Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional), S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar), Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar), Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi), Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang), Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang), Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad), Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam), Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi), Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional), Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia), Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan), Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor), Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas), Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR), Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor), Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR), Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai), Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan), Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang), Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai), Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak), Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan), Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan), Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan), Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu), Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak), Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan), Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang), Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering), Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR), Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai), Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR), Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001), Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan), Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia), Mustafa Khalid Hanafi (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah), Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang), Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat) dan N Gobalakrishnan (MP Padang Serai). Ehh, ramainya.

Dan dua lagi tokoh besar yang boleh kita masukkan dalam senarai khas, iaitu Azmin Ali dan Rafizi Ramli. 

Hampir kesemua yang berpisah dari Anwar bertindak menjadi musuh politiknya. Rafizi paling keras penentangannya sehingga tertubuh parti Baharu, Bersama. Inilah krisis terbesar dalam PKR yang dijangka mengurangkan pengaruh parti itu dalam PRU16 nanti.

Maka terdiamlah para Ceplos bila diajukan ‘hujah’ yang panjang dan lebar ini.

Cybertrooper parti Amanah pula menyerang PAS dengan isu yang sama. Tak reti nak kawan dengan orang, kata mereka, asyik berbalah. Mujahid Siber PAS pula membalas, elehh kamu pun cakap tak tengok cermin. Bukankah kamu sekarang (Amanah) sedang berbalah teruk dengan Umno Johor apabila mereka umum mahu ‘go solo’ dalam PRN nanti. 

UMNO/BN tu rakan kerjasama Madani. Serang menyerang dalam media bukan main panas. Belum sempat bergabung dalam pilihanraya umum negeri dan berbalah teruk. Hampir pasti BN tak beri peluang pada Amanah/PH untuk wakili parti gabungan Madani. 

Terdiamlah cybertrooper Amanah menelan air liur basi, apabila dipulang paku buah keras oleh Mujahid Siber PAS.

Datang pula cybertrooper Umno cuba mencelah. “Hoi PAS, takkan dah nak berpisah dengan Bersatu? Belum sempat jadi kera..” Elehh, tengok cermin dulu, balas Mujahid Siber. “Kamu dengan DAP belum satu penggal sudah berbalah. Dekat Negeri Sembilan haritu penyokong PH jerit ‘hancur Umno’ kamu tak rasa hilang maruah diri ke?”

Maka termonyeh-monyehlah cybertrooper Umno kena pukulan maut dari Mujahid Siber PAS.

Kesimpulannya, semua gabungan parti politik tidak stabil sekarang maka tak ada keperluan rasanya hendak mengutuk antara satu sama lain. Tiada gabungan yang ‘terlebih kuat’ bila masuk PRU16 nanti.

PAS parti yang paling stabil tapi rakan gabungan, Bersatu pulak yang berpecah teruk hingga wujudnya gerakan Reset, pimpinan Hamzah Zainuddin. Team Muhyiddin Yasin dan Azmin Ali tengah ‘gila’ pecat dan gantung pemimpin parti. Ramai MP yang kena Tindakan berbanding yang masih jadi ahli. 

Bersatu bukanlah parti yang kuat di akar umbi macam PAS atau Umno. Bila krisis sekarang, bertambah-tambahlah lemahnya. Bersatu mula lemah sejak awal penggal lagi apabila 6 MP lompat sokong Madani. Walaupun lemah tapi percayalah untuk PRU16 (kalau gabungan PN masih kekal) Bersatu tetap mahu status quo kerusi bertanding. PAS kena bertegas, semua kerusi YB Bersatu yang lompat parti, dipecat atau digantung, Bersatu jangan tuntut kerusi tersebut untuk bertanding. 

Kumpulan serpihan Bersatu yang dipimpin Hamzah pun bukan boleh dipercayai sangat. Bukan ada pengaruh besar pun di akar umbi. Hamzah itu sendiri boleh jadi liability kalau dibenarkan masuk PN. PAS kena berhati-hati juga. 

Lebih baik PN terima Pejuang masuk jadi ahli Baharu. Walaupun Pejuang tetap parti yang lemah setanding Bersatu atau Geng Hamzah, tapi wibawa Mukhriz lebih terserlah berbanding Hamzah kerana ia ada aura Tun Mahathir. Lagipun sehingga kini, para pemimpin Pejuang masih ‘bersih’ dari kes mahkamah.

Cuma masalahnya, Bersatu akan sekat habis-habisan usaha Pejuang untuk sertai PN. Muhyidin, Mukhriz atau Hamzah asalnya dari kelompok yang satu. Dulu Bersatu sekarang berpecah. 

Jenuh PAS sebagai abang besar, memikirkan formula terbaik bagaimana menghadapi kecelaruan dalam PN, yang bukan berpunca dari PAS pun. Semoga ada cahaya di hujung terowong.


(Penulis adalah penganalisa politik bebas. Tulisannya tidak menggambarkan pendirian Kedah Online. -Editor)

Post a Comment

0 Comments