POLITIK ANEH PRESIDEN PAS

 

Oleh: Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat

Jujur aku cakap, bacaan politik TG Presiden PAS adalah bacaan politik paling aneh antara semua ahli politik. 

Ya aku ahli PAS, dan aku sebut apa yang aku sebut. 

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab, mana-mana ahli politik akan membuat keputusan politik yang akan menangkan parti mereka, regardless of what happen. Tapi TG Presiden PAS, bukan begitu? Ada tindakan politiknya kadang-kadang sukar difahami. 

Contoh pada tahun 2013, tsunami penolakan BN oleh rakyat masih terasa. Walaupun BN berjaya merampas beberapa kerusi dan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerusi Parlimen BN tetap berkurang dari 140 kepada 133. Dengan trend pengundian yang jelas berpihak kepada Pembangkang, PAS ada peluang yang cerah untuk jadi kerajaan sekiranya kekal bersama Pakatan Rakyat dalam pilihanraya seterusnya. 

Tapi politik TG Presiden PAS memang aneh, PAS memilih untuk menilai semula kerjasama dengan Pakatan Rakyat. Alasannya, terdapat tindakan yang merugikan perjuangan serta dasar dan halatuju parti sepanjang persepakatan. Aneh kan? Kalau PAS kekal bersama Pakatan Rakyat confirm akan jadi kerajaan. Apa nak susah-susah.

Tapi pilihanraya seterusnya (2018), membuktikan tindakan PAS tepat. Dasar-dasar Pakatan Harapan (pengganti Pakatan Rakyat) sewaktu menjadi kerajaan jelas merugikan agama, bangsa bahkan negara. Malah, berlaku perpecahan sesama mereka sendiri dek kerana halatuju perjuangan yang tak sama. Kerajaan tak mampu bertahan sepenggal. Kalaulah PAS masih dalam Pakatan Rakyat waktu tu, jenuh nak tanggung liabiliti. 

Kemudian pada tahun 2019-2020, atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan 1.0, gelombang penyatuan Melayu semakin ketara. Muafakat Nasional tertubuh, kerjasama PAS dan UMNO menggoyahkan Pakatan Harapan dan meyakinkan rakyat untuk perubahan kali kedua. Tak perlu parti lain pun tak apa, cukup PAS dan UMNO boleh tapau banyak dah kerusi Parlimen. Dua parti besar Melayu Islam bergabung, siapa boleh lawan? Confirm menang pilihanraya! 

Namun sekali lagi, politik TG Presiden PAS memang aneh. PAS memilih penyatuan antara semua parti, termasuk BERSATU yang keluar dari PH dan parti-parti kecil yang lain untuk berdepan Pakatan Harapan. PAS melihat gabungan Muafakat Nasional sahaja tak cukup untuk membentuk kerajaan yang meyakinkan. 

Aneh kan? Tapi pilihanraya seterusnya (2023), membuktikan tindakan PAS tepat. UMNO tetap ditolak rakyat dalam PRU 2023. Perikatan Nasional menguasai 74 dari 222 kerusi. PAS sendiri menguasai 43 kerusi, menjadikan PAS parti komponen terbesar dalam Dewan Rakyat kali pertama dalam sejarah. UMNO pula terpaksa menggadai prinsip, lalu bekerjasama dengan Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan. 

Lalu aku buat kesimpulan, politik TG Presiden PAS memang aneh. TG Presiden tak lihat jangkaan kemenangan sebagai ukuran, tapi sejauh mana tindakan politik tersebut menguntungkan perjuangan, dan membawa parti mencapai maksud penubuhan. Sekalipun keputusan politik yang diambil mungkin akan membawa kepada jalan yang berliku, namun kesucian dan matlamat perjuangan tetap menjadi keutamaan.

Hari ini, PAS mengemudi Perikatan Nasional bersama 3 lagi parti komponen, termasuk BERSATU. Gelombang penolakan rakyat kepada kerajaan Madani semakin terasa, dan Perikatan Nasional antara alternatif bagi diangkat sebagai kerajaan.

Walaupun begitu, baru-baru ini TG Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama dengan BERSATU wajar dikaji semula, atas tindakan-tindakan BERSATU yang merugikan perjuangan serta tidak menghormati rakan parti komponen. 

Aneh kan? Ya memang aneh. Tapi sejarah membuktikan bacaan politik TG Presiden PAS tak pernah tersasar. Sekalipun akal politik waras kita menjangkakan keputusan tersebut  akan merugikan, fakta membuktikan selalunya akan ada plot twist dalam setiap keputusan tersebut. 

Maka selagi TG Presiden PAS yang mengemudi bahtera perjuangan, aku akan tetap berpegang dengan keputusan parti, walau seaneh mana pun keputusan yang akan dibuat.

Sebab kita yakin, ada hikmah yang akan diketahui bila sampai waktunya nanti. 

Pandangan 20 sen. 


Post a Comment

0 Comments