PEMUDA PAS KEDAH TEMPELAK UMNO, PERTIKAI TANPA FAHAM FAKTA

 

Oleh: Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid

Ketua Pemuda PAS Kedah

Saya ada baca status beberapa pimpinan UMNO Kedah yang pertikai data kewangan Kerajaan Negeri yang dibentangkan oleh MB dengan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN). 

Sejujurnya mereka sendiri pun tak maklum mana yang berbeza itu. Saya sendiri pun tak pasti mereka baca atau tidak laporan Ketua Audit itu. 

Selama UMNO/BN memerintah Kedah, berapa kali mereka baca laporan Audit bagi kewangan negeri? 

Satunya, kalau di peringkat Negeri, kita akan rujuk surplus atau defisit berdasarkan lebihan bagi Akaun Hasil Disatukan bagi tahun tersebut. 

Jadi, MB kata tahun 2024 kita surplus RM11.16 juta. Bahagian mana yang salahnya?

Bagi tahun 2025, Kedah sekali lagi surplus RM48 juta. 

Adapun jumlah defisit RM283 juta itu ialah jumlah keseluruhan bagi perbelanjaan termasuklah perbelanjaan pembangunan. 

Perbelanjaan pembangunan bagi negeri-negeri tidak kesemuanya daripada hasil negeri semata-mata. Ada bahagian pemberian TAHAP oleh Kerajaan Persekutuan yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan. 

Di Kedah, perbelanjaan pembangunan terbahagi kepada tiga; pembangunan, bekalan air dan hutan. 

Ketiga-tiga ada akaun tersendiri dan pemberian daripada Kerajaan Persekutuan seperti Pemberian Fiskal Ekologi (EFT) dan pinjaman projek LRA akan masuk melalui akaun tertentu. 

Kita tak menafikan jumlah defisit keseluruhan RM283 juta sebab itu dibentangkan dalam laporan Audit tetapi di peringkat negeri lebihan bagi tahun semasa Akaun Hasil Disatukan adalah surplus. 

Oleh itu, Kerajaan Negeri berjaya memastikan Kedah mempunyai lebihan Hasil dengan perbelanjaan mengurus. 

Pengiraan surplus defisit sebegini bukan hanya di Kedah. Semua negeri menggunakan kaedah pengiraan yang sama. Jadi, apa yang nak dihairankan pun tak tahu lah.


Kita nak tanya, zaman UMNO/BN dulu belanja surplus ka defisit agak-agak?

Post a Comment

0 Comments