Oleh: Muhamad Mat Yakim
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah
YAB Menteri Besar, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak hadir ke Perayaan Songkran di Wat Pedu pada 18 April ini kerana pada tarikh sama akan berlangsung Majlis Aidilfitri Anak- Anak Kedah di Perantauan, di Shah Alam, Selangor.
YAB Menteri Besar telah memberikan komitmen untuk hadir acara di Shah Alam lebih awal.
Saya telah merujuk kepada pihak penganjur mengenai poster Perayaan Songkran yang disebar sebelum ini mengenai pernyataan bahawa YAB Menteri Besar akan hadir dan merasmikan perayaan itu, dan dimaklumkan bahawa poster tersebut telah dikeluarkan lebih awal sebelum mendapat maklum balas mengenai ketidakhadiran YAB Menteri Besar.
Mengenai imej beberapa wanita berpakaian terlalu seksi yang disebarkan dengan poster Perayaan Songkran sebelum ini, ia adalah kerja tangan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan memfitnah penganjur program dan memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah.
Poster yang saya paparkan ini adalah yang sebenar dan terkini.

0 Comments