Oleh: Ustaz Muhammad Hanif Bin Jamaluddin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sekali lagi, kita menyaksikan kebejatan rejim Z10n1s yang tidak lagi cuba berselindung di sebalik topeng demokrasi.
Kelulusan undang-undang hukuman mati mandatori terhadap tahanan P4lest1n yang didapati bersalah dalam serangan bersenjata, oleh Parlimen Isr4el (Knesset) pada 30 Mac lalu adalah bukti mutlak bahawa rejim ini telah hilang pertimbangan dan tidak lagi menghormati nilai kemanusiaan sejagat.
Mereka secara terang-terangan sedang mensistematikkan tindakan genosid ke atas rakyat P4lest1n dan cuba mengesahkan kezaliman tersebut di sisi undang-undang ciptaan mereka sendiri.
Pelaksanaan hukuman mati hanya dalam tempoh 90 hari menyempitkan ruang untuk keadilan sebenar ditegakkan dan rayuan dikemukakan. Ini merupakan satu bentuk jenayah perang yang sangat keji dan perlu dikutuk sekeras-kerasnya.
Di saat rantau Asia Barat sedang bergolak, Isr4el sepertinya sengaja mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.
Justeru, semua pihak perlu bangkit dengan kuasa yang ada untuk menentang kezaliman yang cukup tidak berperikemanusiaan ini.
Nyawa lebih 9,300 rakyat P4lest1n termasuk sekitar 350 kanak-kanak dan 66 orang wanita dalam tahanan semasa perlu dilindungi dan diadili.
Segala tekanan ekonomi, sekatan diplomatik, dan pemulauan total terhadap rejim ini perlu dilaksanakan segera!
Semoga rejim Z10n1s terlaknat ini dilenyapkan Allah dari muka bumi ini dalam keadaan terhina!
Ustaz Muhammad Hanif Bin Jamaluddin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
#TerusMemimpin
#PemudaPAS

0 Comments