Oleh: Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
Pengerusi Perikatan Nasional (PN)
KENYATAAN MEDIA
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional kali 1/2026 telah diadakan pada hari ini mulai jam 11.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Gerakan, Cheras, Kuala Lumpur dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar.
Mesyuarat dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi PN yang mewakili semua Parti Anggota – BERSATU, PAS, GERAKAN dan MIPP.
Agenda utama mesyuarat hari ini adalah pemilihan dan pelantikan Pegawai-Pegawai Parti Perikatan Nasional berdasarkan Fasal 8.2 dan Fasal 8.3, Perlembagaan Parti Perikatan Nasional.
Pelantikan yang dibuat adalah sebagaimana dalam Lampiran.
Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional ditangguhkan ke mesyuarat akan datang setelah lawatan kerja dilakukan oleh Pengerusi PN ke semua negeri-negeri selepas Hari Raya Aidil-Fitri nanti.
Mesyuarat juga memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen dari PAS, namun namanya akan diumumkan sebelum akhir bulan Mac 2026.
Mesyuarat turut membincangkan mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
PEGAWAI-PEGAWAI PARTI PERIKATAN NASIONAL
1. Pengerusi YAB. Dato’ Seri Ir. - Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
2. Timbalan Pengerusi - YB. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin
3. Timbalan Pengerusi - YBhg. Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
4. Timbalan Pengerusi - YBhg. Tuan Punithan Paramsiven
5. Timbalan Pengerusi - YB. Dato’ Sri Haji Tuan Ibrahim bin Tuan Man
6. Setiausaha Agung - YB. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
7. Timbalan Setiausaha Agung:
- YB. Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
- YB. Tuan Wong Chia Zhen
- YBhg. Dato’ Sivakumar Krishnan
8. Ketua Penerangan - YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Musa
9. K/Prgh Pilihan Raya - YB. Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
10. Bendahari Agung - YAB. Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor
11. Ketua Wanita - YB. Dato’ Nolee Ashilin binti Dato’ Mohammed Radzi
12. Ketua Pemuda - YB. Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Taib Azamuddeen
13. Pegawai Awam - YBhg. Haji Zaidy bin Abdul Talib

0 Comments