Oleh: Khairul Nadzir Helmi Azhar
Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia
Dewan Rakyat menyaksikan Kerajaan Madani gagal meluluskan pindaan Perlembagaan untuk hadkan tempoh penjawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sahaja.
Ini bermaksud Kerajaan Madani tidak ada majoriti sokongan dua pertiga.
Berdasarkan rekod, ada dua Perdana Menteri yang mentadbir lebih daripada 10 tahun; Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir.
Dari satu sudut, seorang Perdana Menteri hanya akan mentadbir 10 tahun sahaja kalau diluluskan.
Cuma apakah isu dengan hadkan tempoh penjawatan Perdana Menteri sedangkan isu pemusatan kuasa seseorang Perdana Menteri tidak ditangani?
PMX hari ini juga memegang jawatan Menteri Kewangan. Pemusatan kuasa sebegini lebih berisiko terdedah kepada penyelewengan, korupsi dan salah laku.
Adakah PMX cukup berani untuk pisahkan jawatan Perdana Menteri dengan jawatan Menteri Kewangan berkuatkuasa serta merta?
Dalam konteks yang lain, pelantikan Perdana Menteri adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Manakala Ahli Parlimen pula adalah mereka yang dipilih oleh rakyat melalui jalan pilihan raya.
Perkara ini sudah mencukupi untuk semak dan imbang penjawatan Perdana Menteri.
Tambahan lagi, kebanyakan negara maju seperti UK, Belgium, Australia, New Zealand tidak meletakkan had tempoh kepada penjawatan Perdana Menteri.
Jadi, pihak yang tidak menyokong "reforbasi" Madani ini juga ada hujah yang signifikan. Bukan sebab sentimen. Jangan buat reformasi tin kosong!

0 Comments