KEADAAN DI PERLIS: PERANAN PAS PUSAT

 

 Oleh: Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya

Pesuruhjaya PAS Kedah

Dengan penuh hormat, sebenarnya perkara yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Mursyid Am PAS berkaitan permasalahan di Perlis telah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya oleh PAS Pusat, khususnya TG Presiden.

PAS Pusat telah bertindak dalam bentuk menyiasat, menyelidik, menasihat dan memantau perjalanan PAS Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis, mengikut segala dasar dan ketetapan parti.

Proses ini berjalan bukan sahaja di Perlis, termasuk di Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Segalanya dilaksanakan secara dalaman dan berhati-hati demi memastikan keutuhan kerajaan dan kesatuan parti.

Apa yang jelas, andai wujud kelemahan dan kekurangan di Perlis, kami berpendirian tidaklah sampai ke peringkat dijatuhkan Menteri Besar, khususnya dalam tempoh yang semakin menghampiri pilihan raya.

Sewajarnya perkara ini diserahkan kepada PAS Pusat untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan, demi menjaga kemaslahatan semua pihak.

Semua pihak diminta menutup ruang fitnah, menghormati disiplin jamaah, dan memberi laluan kepada proses penyelesaian yang dijalankan.

Ahmad bin Yahaya

7 Februari 2026

Post a Comment

0 Comments