Peristiwa Israk Mikraj

 


Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 Kerasulan Baginda SAW bersamaan tahun 621M. 

Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW dan Saidatina Khadijah, isteri kesayangan Baginda SAW. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.

🔵 Israk :  Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin.

🔵 Mikraj : Perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha.


Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq dengan hanya satu malam bermula dari Masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid al-Aqsa (Palestin) seterusnya ke langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha.

Rasulullah SAW menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT , lalu Rasulullah SAW meminta keringanan atas cadangan Nabi Musa As sehingga menjadi 5 waktu.

Sumber: Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

Post a Comment

0 Comments