"Saya mahu kewangan yang diurus dalam kerajaan negeri perlu mengikut garis panduan Islam sebaiknya."
"Saya mahu kewangan yang diurus dalam kerajaan negeri perlu mengikut garis panduan Islam sebaiknya."
Ketika itu awal tahun 2023, tahun pertama beliau sebagai Menteri Besar mengurus tadbir negeri. Ungkapan ini disahkan sendiri oleh YB Ustaz Azmir dalam kuliah di KOMTAR Padang Besar baru² ini.
Pegawai Kewangan Negeri melaksanakan arahan sebaiknya bersama team kewangan negeri dengan pantauan YB Cikgu sendiri yang mengurus portfolio kewangan.
Ya, ini hasrat seorang pimpinan yang dididik oleh jamaah untuk mengutamakan kehendak Islam dalam setiap urus tadbir.
Alhamdulillah. Hasilnya tahun 2023 dan 2024, Perlis telah mendapat penghargaan Sijil Bersih iaitu Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Negeri Tahun 2023 dan 2024.
Sapa yang beri? Tentulah daripada Ketua Audit Negara setelah dinilai oleh Jabatan Audit Negara melalui penyata kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
Clean Audit.
Hari ini kerajaan negeri yang dipimpin oleh individu yang baik, bersih dan adil mewakili parti PAS telah difitnah berulang kali mengatakan beliau lemah mentadbir dan banyak skandal.
Lemah mentadbir atau hangpa yang tak dapat projek dan jawatan yang diidamkan.
Ya, kelemahan YB Cikgu Shukri ialah beliau tidak sesuka hati memberikan projek dan jawatan² GLC kepada orang parti. Bila ada kekosongan jawatan GLC beliau akan berbincang dengan sebahagian pimpinan PAS Negeri dan Pusat untuk utarakan calon² yang layak dari kalangan profesional dan berkemahiran dalam urus tadbir agensi/GLC tersebut. Bukan suka² hati bagi ke orang politik yang akhirnya menjadi carca merba dan nak projek sahaja.
Apa pun jawatan Menteri Besar sudah dilepaskan seperti yang diingini sebahagian orang² parti. YB Cikgu Shukri pun sudah maklumkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Moga yang naik nanti bukan dari kalangan YB yang hanya memikirkan poket sendiri melebihi poket rakyat.
Lihatlah Belanjawan 2025 dan 2026 yang akan dilaksanakan nanti. Belanjawan yang banyak dipulangkan kepada kesejahteraan rakyat.
Moga Allah mudahkan urusan semua khususnya Kerajaan Negeri Perlis mendatang.
0 Comments