Oleh: Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah
Dewan Muslimat PAS Malaysia
1. Ameerah Malaysia mengucapkan takziah dan melahirkan perasaan dukacita atas kematian seorang pelajar perempuan yang dibunuh di dalam kawasan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat.
2. Kejadian tragis ini menambah jumlah tragedi pembulian dan pembunuhan di dalam premis sekolah yang sangat membimbangkan.
3. Belum reda kesedihan dengan kematian Almarhumah Zara Qairina, kita menerima berita pembunuhan di sebuah sekolah di Bandar Utama Petaling Jaya.Baru beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan kejadian buli bunuh seorang pelajar 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hari ini berlaku lagi pembunuhan di dalam kawasan sekolah yang sangat menyayat hati.
4. Ameerah mempersoalkan sejauh mana KPM mengambil tindakan serius dalam aspek meningkatkan tahap keselamatan di sekolah? Adakah kejadian ini hanya menambah jumlah angka kematian di sekolah tanpa tindakan yang benar-benar berkesan dalam melindungi keselamatan pelajar?
5. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa KPM perlu bermuhasabah dan menetapkan dasar dan polisi baharu keselamatan di sekolah, yang tidak hanya cantik di atas kertas tetapi benar-benar menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk anak-anak kita.
4 Oktober 2026
0 Comments