"PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU MAMPU UBAH LANSKAP POLITIK"
Oleh: Roslinda Hashim
ALOR SETAR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bakal menjadi ujian penting terhadap keberkesanan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), dengan strategi pertandingan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH).
Pendekatan ini dilihat berpotensi mengubah landskap politik negeri itu.
Sekiranya persefahaman dapat dimuktamadkan secara total, kerjasama itu dijangka mengurangkan perpecahan undi kalangan pengundi yang cenderung menyokong PN dan BN, sekali gus meningkatkan peluang mencabar penguasaan PH di beberapa kerusi yang sebelum ini dimenangi dengan kelebihan majoriti.
Penyatuan dua gabungan itu bukan sekadar memberi kelebihan dari sudut angka pilihan raya, malah menghantar mesej bahawa penyatuan parti-parti yang mendapat sokongan besar orang Melayu mampu membentuk saingan lebih seimbang kepada kerajaan sedia ada.
Dalam masa sama, kerjasama itu turut membawa naratif untuk memastikan kepimpinan Melayu dan Islam terus menerajui pentadbiran negeri.
Agenda memperkukuh kedudukan Melayu dan Islam perlu terus dipelihara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Namun, kejayaan formula itu bergantung kepada beberapa faktor, termasuk kesediaan kedua-dua gabungan mencapai persefahaman dalam agihan kuasa, kesepaduan jentera di peringkat akar umbi serta kemampuan memindahkan sokongan tradisi kepada calon yang dipersetujui bersama.
Selain itu, penerimaan pengundi muda dan pengundi atas pagar juga dijangka menjadi faktor penentu, memandangkan kelompok tersebut semakin berpengaruh dalam menentukan keputusan pilihan raya.
Sekiranya kerjasama PN-BN berjaya direalisasikan dengan jayanya, PRN Negeri Sembilan bukan sahaja menjadi penentu pentadbiran negeri, malah berpotensi menjadi penanda aras kepada pembentukan kerjasama politik yang lebih luas menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Apa jua keputusan kelak, pertandingan satu lawan satu mencuri tumpuan kerana berupaya mengubah corak persaingan selain menentukan hala tuju politik Negeri Sembilan untuk tempoh lima tahun akan datang.
SENARAI CALON PN UNTUK PRN NEGERI SEMBILAN
N05 - Serting : Ustaz Mohd Fairuz Mohd Isa
N14 - Ampangan : Datuk Dr. Mohamad Rafie Ab Malek
N11 - Lobak : Dr Kumar Paramasivam
N25 - Paroi : Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain
N31 - Bagan Pinang : Ustaz Abdul Fatah Zakaria
N04 - Klawang : Danni Rais
N13 - Sikamat : Datuk Razali Abu Samah
N23 - Mambau : Erik Micheal
N34 - Gemas : Haji Ridzuan Ahmad
N21 - Bukit Kepayang : Lee Boon Shian
N30 - Lukut : Sathes Kumar Nilameham
#NismilanKitoJago
#𝗣𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮l










0 Comments