MAHKAMAH TINGGI KANGAR BATALKAN SAMAN PEMULA 3 MANTAN ADUN PAS PERLIS

 

Oleh: Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat 

8 Julai 2026 | 23 Muharram 1448 H

Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis sebentar tadi telah membatalkan Saman Pemula yang difailkan oleh 3 mantan Adun PAS (Chuping - Guar Sanji - Bintong) tanpa perintah kos.

Susulan krisis Perlis akhir tahun lepas, 3 mantan Adun tersebut telah digugurkan keahlian PAS dan kerusi DUN Chuping, Guar Sanji dan Bintong telah disytiharkan sebagai berlaku kekosongan luar jangka oleh YB Speaker Perlis pada 25.12.2025.

3 mantan Adun tersebut telah memfailkan Saman Pemula bagi mencabar keputusan YB Speaker Perlis.

Prosiding hari ini melibatkan perbicaraan bagi permohonan YB Speaker Perlis dan Dewan Negeri Perlis untuk membatalkan Saman Pemula berkenaan.

Hakim YA Datuk Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas dalam membenarkan permohonan YB Speaker Perlis untuk membatalkan Saman Pemula 3 mantan Adun tersebut, telah memutuskan bahawa:

(1) Perkara  72(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan keistimewaan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri dimana keesahan keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana Mahkamah;

(2) Keputusan Speaker menggunakan budibicaranya di bawah Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis adalah sah;

(3) Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, selagimana kuasa itu dilaksanakan dalam ruang lingkup undang-undang dan Perlembagaan.

YB Speaker Perlis dan Dewan Negeri Perlis diwakili oleh Peguam YB Wan Rohimi bin Wan Daud, Dr Hj Yusfarizal bin Yussoff dan Tuan Mohd Faizi bin Che Abu.

Manakala 3 mantan Adun tersebut diwakili oleh Peguam Mohd Jamil bin Yaacob.

8 Julai 2026 | 23 Muharram 1448 H

Mahkamah Tinggi Kangar

1.15 petang

Post a Comment

0 Comments