Oleh: Muhammad Rafique Rashid Ali
Ketua Penerangan Pejuang
"Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja!!!"
[ kata-kata YAB Sanusi MB Kedah di N9 Ceramah PRN Perikatan Nasional]
1.Pelik tengok ramai peguam dan orang politik melompat kepanasan bila dengar kenyataan fasal sejarah dan perlembagaan.
2.Bila tak boleh lawan hujah, jalan mudah terus buat laporan polis, buat sidang media minta media arus perdana sebarkan. Label 3R takutkan rakyat.
3 Hadam guna akal, bukan pakai emosi politik.
4 .Mana ayat halau?: Tolong tunjuk tang mana kenyataan itu kata "kaum lain sila balik negara asal"? Tiada!!!
5.Kenyataan itu cuma buat perbandingan geografi: Orang India ada negara India, orang Cina ada negara China. Orang Melayu?
6.Bumi ini sajalah tanah air mereka. Ini fakta geografi, bukan rasis.Bukan fitnah. Ia adalah mahu hasut supaya rakyat fikir.
7.Nama asal bumi ini: Sebelum lahirnya Malaysia, nama asalnya Malaya—Tanah Melayu.
8.Taraf kewarganegaraan menerusi prinsip jus soli dulu dipersetujui atas semangat kontrak sosial.
1. Mengingatkan asal-usul sejarah bukan bermakna mahu menghalau orang, tetapi mahu kita semua sedar di bumi mana kita sedang berpijak.
2. Gelar diri pengamal , pakar undang-undang , ahli parlimen. Tiba-tiba buta sejarah. Mengakui status asal tanah ini langsung tidak mengusik atau mengurangkan hak warganegara kaum lain yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak semua kaum tetap terpelihara.
11 Bila ada pihak bangkitkan fakta survival Melayu, penyatuan orang Melayu terus dicop rasis.
1. Taktiknya mudah: buat orang Melayu rasa bersalah (guilt-trip) untuk bercakap pasal sejarah dan hak sendiri, supaya naratif sejarah asal bumi ini boleh dipadamkan perlahan-lahan.
2. Kenapa ramai yang menggelupur?Bila fakta sejarah yang tepat dan sahih dibalas dengan laporan polis, itu tandanya mereka sudah mati hujah.
14 Sembang pasal kebebasan bersuara dan demokrasi, tapi bila orang bentang fakta sejarah terus label 3R.
15.Jangan hipokrit, belajarlah terima hakikat sejarah.

0 Comments