Oleh: Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PN
Perikatan Nasional (PN) mengingatkan semua pimpinan dan ahli parti-parti anggotanya supaya tidak membuat sebarang kritikan yang tidak wajar secara semberono kepada mana-mana parti komponen PN lain sama ada melalui media mahupun sebarang saluran lain.
Sebarang ketidakpuasan hati haruslah disalurkan kepada saluran parti masing- masing yang kemudiannya akan dibawa, dibincangkan dan diputuskan secara musyawarah dalam PN.
PN menerusi kepimpinannya kini akan menumpukan segala usaha dan tenaga kepada isu yang lebih besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Segala masalah dalaman parti pastinya akan diurus dan dikendalikan secara dalaman dengan lebih berkesan, bijaksana dan positif lagi.
Terima kasih.
0 Comments