𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐈𝐑 : 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈𝐀𝐍

 

Oleh: Ustazah Hajjah Nuridah Salleh

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menuntut Menteri Agama menyatakan pendirian berhubung penganjuran Festival Muzik Air Rain Rave yang dijadual berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei depan di Bukit Bintang.

2. Di saat penganjuran festival tersebut menimbulkan bantahan ramai pihak khususnya umat Islam, Menteri Agama harus bersuara sebagai panduan umat Islam.

3. Mufti Wilayah Persekutuan juga perlu memainkan peranan menasihati masyarakat beragama Islam tentang kewajaran terlibat dalam festival seumpama itu.

4. Malaysia adalah negara yang istimewa dan unik dengan pelbagai budaya dan kelebihan. Namun malangnya Menteri Pelancongan sekali lagi ketandusan idea dengan memilih acara yang tidak sensitif dengan pegangan agama dan budaya ketimuran Malaysia.

5. Masyarakat setempat yang tidak berminat dengan festival air tersebut pula perlu bersusah payah kerana jalan akan ditutup selama tujuh hari untuk acara itu.

6. DMPM menegaskan bahawa pendirian Menteri Agama dan Mufti Wilayah adalah penting dan mewakili badan yang mempunyai autoriti ke atas umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

29 April 2026 bersamaan 11 Zulkaedah 1447H

Post a Comment

0 Comments