DARIPADA BANTUAN KEPADA BEBANAN



Oleh: Dr Tengku M Fakhruddin
ADUN Sura

Dulu rakyat tunggu pengumuman Perdana Menteri dengan debar harap ada khabar gembira.
Sekarang rakyat tunggu pengumuman Perdana Menteri dengan cemas takut apa lagi yang naik.

Zaman Najib, zaman Muhyiddin… setiap kali PM umum sesuatu, biasanya ada bantuan, insentif, subsidi, moratorium, atau sekurang-kurangnya berita yang melegakan rakyat.

Hari ini? Pengumuman demi pengumuman terasa seperti notis kenaikan kos hidup.

Kuota Budi 95 dikurangkan.
Harga diesel kekal tinggi entah sampai bila.
Barang asas terus merangkak naik.
Tambang, kos logistik, sewa semuanya ikut sama.

Kerajaan sepatutnya jadi cushion yang menyerap tekanan ekonomi supaya rakyat tidak remuk.
Tapi sekarang kerajaan sendiri terasa seperti batu yang menghentam terus ke dada rakyat.

Rakyat bukan minta bulan dan bintang.
Cuma nak hidup tak sesak setiap hujung bulan.

Ironinya, slogan “Madani” konon mahu memanusiakan ekonomi.
Yang rakyat rasa sekarang ekonomi makin “menganak-tirikan” manusia.

Kalau setiap pengumuman membuat rakyat makin gelisah, itu bukan kepimpinan yang menenangkan.
Itu tanda jurang antara Putrajaya dan dapur rakyat sudah terlalu jauh.

Dulu pengumuman PM bawa harapan.
Sekarang pengumuman PM bawa tekanan. #madanigagal

Post a Comment

0 Comments