Oleh: Syahir Sulaiman
Setiausaha Politik Presiden PAS
Ahli Parlimen Bachok
Mengapa perlu menulis hal ‘sulit’ secara terbuka?
Ikutkan hati, mahu sahaja saya membalas, namun saya memilih untuk menahan diri.
Justeru atas rasa hormat kepada kekanda Datuk DrM & TunF, permintaan saya; cukup-cukuplah menulis.
Hari ini 1 Februari. Sudah genap sebulan ‘pemandu bas’ meletak jawatan, 1 Januari.
Perjalanan tergendala. Penumpang gelisah. Keluarga (rakyat) menunggu.
Kami hanya mahu teruskan perjalanan.
Di Perak & Melaka, kami telah lancarkan jentera pilihanraya. Negeri lain, bakal menyusul.
Di pihak PAS, jentera sudah siap siaga. Tabung sudah dikira. Calon pun sudah turun bekerja.
Persiapan bukan setakat di 43 kerusi parlimen kami, termasuk di 6 kerusi ‘lompat’, yang dilaporkan tidak terjaga.
Itu belum termasuk, dua (2) kerusi kalian yang dengarnya ‘bakal’ melompat, harapnya dapatlah berjaga.
Jadi, ada baiknya kita di peringkat ‘operator’ ini, bersetuju untuk GENCATAN SENJATA. Silence is golden.
Serahkan kepada pucuk pimpinan untuk mesyuarat ‘full-council’ segera.
Jika kalian berpandangan TSMY adalah Pengerusi PN yang masih ‘berkuatkuasa’, mudah sahaja, sila panggil mesyuarat segera.
Kami hanya mahu teruskan perjalanan.
Jangan berlengah lagi.

0 Comments