Oleh: Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
1. Isu pemilikan saham (seperti yang dilaporkan Bloomberg) melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ini isu serius. Sangat serius!
2. Cuba kita fikir, bagaimana SPRM nak elakkan konflik berkepentingan jika Ketua Pesuruhjayanya ada kepentingan saham dalam satu entiti korporat?
3. Yang lebih serius ialah ada dakwaan yang menuduh pemilikan saham itu ada kaitan dengan pihak-pihak tertentu yang dikatakan menekan pesaing mereka dalam dunia korporat. Isu ini perlu disiasat dan diperjelaskan!
4. SPRM mesti bebas, tidak boleh terikat, tidak boleh ada apa-apa kepentingan dalam mana-mana entiti korporat atau perniagaan!
5. Ini isu integriti. Integriti satu suruhanjaya tertinggi negara yang kena menjaga integriti. Suruhanjaya ini kena tunjuk teladan, bukan pegang saham dalam syarikat perkhidmatan kewangan.
6. Maka, tidak padan dengan hanya satu jawatankuasa khas sahaja ditubuhkan. Apatah lagi apabila ia dianggotai oleh penjawat awam, ianya masih tidak bebas.
7. Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh panel mantan Ketua Hakim, mantan Peguam Negara, mantan Ketua Polis, dan pakar-pakar mesti ditubuhkan segera. Suruhanjaya ini mesti melapor terus kepada Parlimen dan YDPA.
8. Ketua Pesuruhjaya SPRM mesti bercuti daripada jawatannya sepanjang tempoh siasatan hingga selesai. Ini penting supaya siasatan bebas dan tidak diganggu.
9. Kerajaan Madani perlu segera pulihkan isu integriti ini. Kalau setakat nak suruh orang baca laporan dan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, budak pra-sekolah pun boleh baca.
10. Ini bukan isu budak-budak. Ini isu integriti negara!
Afnan Hamimi
14 Februari 2026

0 Comments