PAS BUKAN AKADEMI FANTASIA: SYURA, PRINSIP DAN MARUAH JADI TERAS PERJUANGAN


Oleh: Syahir Sulaiman

Respon kepada Setiausaha Agung AMANAH: PAS seperti Akademi Fantasia?

Tiada salahnya program seperti ‘Akademi Fantasia’, sebuah rancangan ‘realiti’ untuk mencungkil bakat baharu, ada guru yang melatih, ada juri yang manilai, dan ada penyokong yang mengundi. Demokrasi? - Ya.

Bezanya PAS, ada syura & musyawarah. Calon PM? Pengerusi PN? - PAS akan bincang, PAS akan pertimbang, dan PAS akan rundingkan. Ada tertibnya, ada kaedahnya.

Bezanya PAS, tiada siapa boleh tentukan pendirian kami. Kami putuskan sendiri, dengan siapa hendak berkawan, dengan siapa hendak berlawan; berprinsip, ada maruah, ada harga diri.

Tidak seperti AMANAH, semua keputusan ditentukan DAP, hanya ikut cakap DAP. Sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada DAP, tidak lebih seperti ‘kaki kabaret’ - hilang prinsip, tergadai maruah, tiada harga diri. 

Adapun kaedah syura & musyawarah ini bukanlah dimulakan oleh TGHH, tetapi dimulakan oleh pimpinan PAS terdahulu, termasuk ayahanda kekanda sendiri. 

Jika kekanda tidak mahu teruskan, itu hak kekanda. Tetapi kami tetap mahu teruskan, legasi & tradisi yang dimulakan oleh pimpinan PAS terdahulu.

Berbalik kepada calon PM & Pengerusi PN, PAS telah buat pertimbangan ‘baharu’. Pelbagai ‘qaul’ dan pandangan telah diambil kira, dan ‘ditarjihkan’. InsyaAllah PAS akan rundingkan, akan dimuktamadkan, dan akan diumumkan; mengikut tertib dan kaedahnya.

Tidak perlu menyuluh siapa orangnya, dan kami tidak perlukan ‘endorsement’ DAP & AMANAH dalam hal ini.

Kini, rakyat telah melihat kewibawaan PAS, dan sedang menilai kelayakan PAS untuk menjadi Perdana Menteri. Sedangkan AMANAH, hendak menjadi Timbalan Menteri (Agama) pun sudah tidak layak. Aduhai nasib, malang seribu kali malang.

Akhir kata, kami diajar untuk bersabar, tidak gopoh, apatah lagi gelojoh. Kami yakin, masa depan PAS, dan masa depan Islam semakin cerah.

Masa depan AMANAH? - Sila tanya DAP.

SS, Bachok

Muhammad Faiz Fadzil

Post a Comment

0 Comments