KISAH BAPA PENGKHIANAT ISLAM TURKI


Oleh:

Dr Siti Suriani Othman

Universiti Sains Islam Malaysia

Siapakah dia Mustafa Kemal Ataturk?

Pasti ramai yang pernah mendengar nama ini walaupun bukan sebagai rakan taulan tetapi namanya

pasti muncul dalam buku-buku sejarah. Dalam buku sejarah ketika zaman saya menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada akhir 1990-an, Mustafa Kemal dijoloki sebagai Bapa Kemodenan

Turki.

Siapakah dia sebenarnya yang dikatakan memodenkan Turki dan dari aspek apa?

Dari segi pembangunan dan permodenan, memang banyak sumbangan Mustafa Kemal sehingga

mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa. Antaranya ialah membangunkan sekolah moden,

universiti, pembaharuan sosial yang merancakkan ekonomi dan pindaan undang-undang yang lebih

moden.

Namun, pengasas Republik Turki ini yang juga merupakan tentera, pemimpin revolusi dan presiden

Turki yang pertama ini juga sosok yang kontroversi kerana pembaharuan yang dibawanya bertentangan dengan hukum Islam, walhal dia sendiri adalah seorang Islam (namun ada yang berpendapat dia seorang Yahudi yang menyamar sebagai seorang Muslim).

Antara perubahan yang dibuat oleh Mustafa Kemal ialah menjadikan Turki sebuah republik yang

moden, progresif dan sekular di mana, poligami dilarang dan wanita Islam dibenarkan berkahwin

dengan lelaki bukan Islam, sekolah-sekolah sekular dibina dengan begitu banyak menggantikan

sekolah agama, wanita tidak lagi diwajibkan berhijab dan abjad Arab ditukar kepada abjad Latin.

Lelaki dan perempuan juga digalakkan menari bersama-sama di khalayak ramai, arak dibenarkan

untuk diminum secara terbuka, al-Quran dicetak dalam bahasa Turki, azan juga ditukar ke bahasa

Turki, masjid ditutup dan solat berjemaah dilarang. 

Mustafa juga pernah menyamakan kekuasaan

dirinya dengan tuhan dalam salah satu ucapannya dan diangguki oleh para tenteranya yang dalam

ketakutan. Dengan kehebatannya, Mustafa Kemal “berjaya” meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.

Azab Kematian yang Mengerikan.

Beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 pada usia 57 di Istana Dolmabahçe. Sebelum kematiannya, dia menghidap sakit gatal kulit yang tidak tertahan dan kepanasan melampau serta penyakit-penyakit lain seperti darah tinggi, kegagalan ginjal dan sakit kelamin. Panasnya dia, malah ais dimasukkan ke dalam selimut masih tidak dapat membantu mengurangkan kepanasan yang sehingga menjerit dan didengari keseluruhan istana. Akhirnya, dia meminta dibawa ke tengah lautan untuk mengurangkan suhu badannya tetapi masih menderitai panas melampau yang tidak berkurang. Perutnya juga membusung dan mengeluarkan bau yang busuk.

Peringatan Buat Kita Semua

Setelah kematiannya, tiada imam yang mahu menguruskan dan menyolatkan jenazahnya sehingga

terpaksa diawet selama sembilan hari. Dikatakan juga, mayatnya tidak diterima bumi sehingga hari ini

walaupun dua kali cubaan untuk mengkebumikan jenazahnya yang akhirnya disimen dan disimpan di

dalam monumen di sebidang tanah lapang di atas bukit yang dinamakan Anitkabir.

Inilah peringatan kepada kita semua tentang kekuasaan Allah dan semoga kita semua kekal dan ikhlas dalam mengimani yang Esa.

Post a Comment

0 Comments