KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Oleh: Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemuda PAS Malaysia menggesa suatu siasatan yang segera dan menyeluruh berikutan laporan kes kematian seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah di daerah Yong Peng. Kejadian tersebut nyata menggemparkan institusi pendidikan negara yang terus menerus dihantui dengan pelbagai tragedi mutakhir ini.
Perkara utama yang menjadi tanda tanya di sini adalah apakah sekolah masih lagi merupakan kawasan selamat untuk anak-anak didik hadir dan belajar? Kejadian buli apatah lagi kes-kes kematian yang dilaporkan saban waktu dan semakin meruncing ini memberikan suatu tanda bahawa institusi pendidikan negara berada dalam keadaan tidak selamat.
Pemuda PAS Malaysia ingin turut menyarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengenalpasti permasalahan akar yang berlaku di institusi pendidikan buat masa ini khususnya dari aspek akhlak dan moral murid yang turut berkait dengan disiplin mereka.
Apakah sempadan ketegasan kepada para pendidik pada hari ini menyebabkan anak didik di sekolah semakin hilang pertimbangan mereka? Tepuk dada tanyalah selera.
Sekian.
4 OKTOBER 2026 | 22 RABIUL AKHIR 1448H

0 Comments