MENYOKONG PENDIRIAN PAS PUSAT DEMI MEMPERKUKUHKAN GAGASAN PENYATUAN UMMAH

 

KENYATAAN RASMI

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH

Oleh: Syeikh Mohamad Rodi Abdul Rahman

Ketua Dewan Ulamak

PAS Negeri Kedah

Dewan UlamaK PAS Negeri Kedah (DUPNK) menyokong penuh pendirian PAS Pusat untuk menamatkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kerjasama politik PAS selama ini berteraskan ta’awun siyasi iaitu saling membantu dalam kebaikan dan memperkukuhkan kekuatan umat Islam serta rakyat.

Gagasan penyatuan ummah mesti terus menjadi agenda utama PAS sejak sekian lama. Ia merupakan teras politik dan formula terbaik untuk meruntuhkan wacana politik lawan serta mewujudkan kestabilan, keharmonian dan memperkukuhkan kedudukan Islam dalam negara.

Apabila kerjasama tidak lagi membantu ke arah matlamat tersebut dan wujud halangan-halangan tertentu, PAS berhak menilai semula berdasarkan maslahat dan kepentingan perjuangan Islam.

Dewan UlamaK PAS Negeri Kedah menyeru seluruh ahli, penyokong dan jentera parti menerima keputusan ini dengan jiwa besar dan terus istiqamah. Keutamaan kita adalah memastikan perjuangan Islam diperkasakan melalui pendekatan yang lebih strategik dan berkesan.

Kami yakin setiap keputusan dibuat oleh kepimpinan PAS adalah berdasarkan syarak dan maslahat perjuangan. Dengan izin Allah SWT, PAS akan terus istiqamah memimpin perjuangan Islam serta membawa penyelesaian kepada rakyat dan negara.

Sekian.

Post a Comment

0 Comments