Oleh: Hafiz Mansor
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
Pertama, sebenaqnya kalau nak cerita projek sakit di Kedah ni bukan satu dua saja, ada lagi projek yang diklasifikasi sebagai projek sakit di bawah RMK-12 dulu.
Contoh projek pembinaan mahkamah baharu di Sik yang menelan kos keseluruhan RM27.7 juta. Ini projek sakit.
Projek pembinaan klinik kesihatan (jenis 2) dengan kuarters Padang Serai, Kulim melibatkan kos RM37.4 juta dan tarikh milik tapak sejak Disember 2023. Juga projek sakit.
Projek pembinaan rumah Seri Kenangan Bedong dengan kos RM46.7 juta pun diklasifikasi projek sakit.
Ini semua contoh projek sakit di bawah Kerajaan Persekutuan dalam RMK12 sehinggalah Kerajaan dah bentangkan RMK13.
Menteri ada turun tengok tak? Kita nak kira Kerajaan Persekutuan teruk atau tak dengan adanya rangkaian projek-projek sakit ni?
Kedua, LKAN Siri 1/2018 membentangkan bahawa Permohonan Peruntukan Khas Bekalan Air untuk pembinaan 5 LRA di Kedah telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi sejak 15 Ogos 2016.
Sepatutnya projek LRA boleh dimulakan di bawah Rolling Plan ke-2 RMK11 (2017-2018) tapi malangnya tak berlaku.
Bila bertukar Kerajaan kepada PH, sekali lagi kajian semula terhadap kos pembinaan LRA dilakukan. Beli masa lagi. Balik-balik harga kontrak masih RM931 juta.
Sehinggakan Audit menegur disebabkan 21 kawasan dalam 10 daerah di Kedah menerima gangguan bekalan air yang berterusan.
Kerajaan PHBN yang sakit atau macam mana masa ni?
Ketiga, projek 5 LRA bermula di era MB Sanusi. Angkat sumpah Mei 2020, Mei 2021 terus mula projek LRA.
Projek LRA Lubuk Buntar Lama yang bermula 2 Mei 2021 akhirnya siap pada 8 Jun 2026 dengan kos kontrak RM51.9 juta.
Projek LRA Jenun Baru yang bermula Jun 2021 dijangka siap pada Mei 2026.
Projek LRA Pelubang yang bermula pada Mei 2021 dijangka siap pada Julai 2026.
Kegagalan bermula apabila anda mula menyelesaikan masalah atau langsung tak buat apa untuk selesaikan masalah?
Siapa yang gagal sekarang?
Keempat, untuk pengetahuan, Kerajaan Negeri telah membuat permohonan NOC pada Julai 2024, kemudian pada Oktober 2024 serta sekali lagi pada 28 Januari 2025 mengenai perubahan Variation of Price (VOP) dan lain-lain.
Kerajaan Negeri juga dah buat permohonan VOP melibatkan skop mekanikal dan elektrikal (M&E) dengan anggaran kos baharu RM55.7 juta. Menteri PETRA telah dimaklumkan sejak Julai 2025 lagi.
Segala permohonan ini mengikut prosedur yang sepatutnya. Di mana gagalnya kalau segalanya mengikut prosedur yang ada?
Kelima, projek LRA Sg Limau telah melalui proses tender terbuka sebagaimana yang dijelaskan ramai pihak termasuk MB sendiri dan keputusan perolehan tender dibuat oleh Jawatankuasa Tender sendiri.
Bila kontraktor gagal, ada proses penamatan dan tender semula.
Tidak ada campur tangan di pihak MB sendiri mahupun orang politik sepanjang proses yang ada.
Geng PHBN sendiri pun tak berani nak buat tuduhan terbuka. Sekadar main persepsi sipi-sipi saja noh.
Kesimpulan dia lagu ni, kalau hangpa tak boleh nak buat benda ni dulu-dulu, jangan duk hingaq bila orang lain nak selesai masalah hangpa.
Dulu urus SADA pun ke laut, ada hati nak cakap pasai ayaq puak ni. Jangan sampai terlondeh hat tu pulak haha

0 Comments