PN LANTIK AHMAD SAMSURI SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG

 

Oleh: Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PN

Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota.

Mesyuarat telah memutuskan beberapa perkara, antaranya:

1. Pelantikan Pengerusi PN Negeri-Negeri

Pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri telah diputuskan sebagaimana berikut :

Perlis : YB Dato’ Seri Shahidan Kassim

Kedah : YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor

Pulau Pinang : YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai

Perak : YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Selangor : YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Negeri Sembilan : Ditangguhkan

Melaka : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Johor : YB Datuk Dr. Sahruddin bin Jamal

Pahang : YB Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Terengganu : YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak

Kelantan : YB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Haji Ahmad bin Yakob

Sabah : YB Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan

Sarawak : YBhg. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Wilayah Persekutuan : YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

2. Kerjasama Pilihan Raya

Mesyuarat bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau

electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan

dan kepentingan bersama dengan Perikatan Nasional.

3. Pelantikan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli Parlimen Kemaman, untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang.

4. Perbincangan Isu-Isu Semasa Negara

Mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara.

Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan.

Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments