Oleh: Hafiz Mansor
Ketua Penyelidik Yayasan Kedah Sejahtera
Ada dua industri masa hadapan yang ada di Kedah yang patut dibangunkan secara strategik.
Pertama, industri REE.
Kedua, industri semikonduktor.
Kedua-dua industri ini adalah pemangkin teknologi masa depan yang digunakan dalam telefon pintar, EV dan AI.
Kedua-dua industri ini jadi teras dalam pembangunan sistem pertahanan moden.
Kedu-dua industri ini juga menentukan kepentingan strategik negara dalam geopolitik global.
Industri REE di Kedah:
Berdasarkan kajian mineral dalam RMK-11, Kedah dianggarkan ada 1,005 km persegi REE dalam negeri merangkumi daerah Yan, Kulim, Sik dan Baling.
Anggaran jumlah keseluruhan REE di Kedah adalah 1.125 juta tan dengan nilaian RM56.7 bilion.
Kalau ikutkan pemetaan yang dibuat pihak agensi Persekutuan, Kedah antara lima negeri yang ada REE tertinggi dengan dua paling atas adalah Terengganu dan Kelantan.
Cuma dengan kekayaan dan kepakaran tempatan yang kita ada, Kerajaan kena fikirkan bagaimana mewujudkan rantaian ekonomi yang menyeluruh dalam industri REE.
Bermula daripada aktiviti di huluan (upstream) seperti eksplorasi dan perlombongan sampailah ke peringkat pertengahan (midstream) dan hiliran (downstream) seperti menghasilkan super-magnet atau motor elektrik.
Isunya sekarang kita hanya kuasai peringkat pertengahan khususnya fasa cracking dan separation. Tidak keseluruhan rantaian.
Maksudnya, Malaysia ada REE. Malaysia bekalkan RE Oxide untuk pembuatan super magnet kepada Vietnam.
Kemudian, Jepun pula membeli super magnet dari Vietnam untuk sektor pembuatan.
Kepakaran kita ada tapi tak berkembang untuk kuasai keseluruhan rantaian. Masih bergantung kepada kepakaran luar.
Satu benda yang kita kena tau adalah nilai ekonomi industri REE ini semakin mahal dan tinggi melalui peringkat huluan sehingga ke aktiviti hiliran.
Oleh sebab itu, tak cukup bercakap soal eksplorasi dan perlombongan kalau kita masih tak kuasai pembangunan industri di hiliran juga.
Kedah masih tidak dibenarkan untuk buat aktiviti perlombongan sebab REE tu ada dalam hutan simpan.
Sedangkan teknologi In-Situ Leaching (ISL) bukan perkara baru dalam aktiviti perlombongan.
Negeri yang ada kekayaan REE ni adalah negeri SG4 seperti Terengganu dan Kelantan serta termasuklah Kedah.
Negeri-negeri ini jugalah ada hasil petroleum khususnya dua negeri Pantai Timur.
Jadi, kalau model "Petronas" dibangunkan untuk urus industri REE, kita boleh agak negeri tersebut takkan mudah-mudah bersetuju sebab pengalaman dengan sekatan royalti dan sebagainya.
Kalau tak selamanya kekayaan negeri dikaut tanpa ada pulangan yang setimpal apatah lagi apabila pertikaian warna politik menjadi sandaran.
Industri semikonduktor di Kedah:
Kedah penerima pelaburan dalam sektor pembuatan tertinggi bagi dua tahun berturut-turut (2024 & 2025).
Kedah juga menerima kemasukan beberapa syarikat antarabangsa yang terlibat secara langsung dalam rantaian semikonduktor di peringkat global.
Antaranya Infineon Technologies yang menambah pelaburan RM30.1 bilion di KHTP. Syarikat ni involve dalam pembuatan fabrikasi wafer yang jadi elemen penting untuk penghasilan cip.
Syarikat mega dari Austria yang buat substrat litar bersepadu (integrated circuit substrate) iaitu AT&S yang berkait secara langsung dengan ekosistem teknologi semikonduktor.
Ferrotec juga antara syarikat mega yang terlibat dalam pembangunan komponen pengeluaran semikonduktor.
Ada beberapa lagi syarikat besar yang lain yang telah bertapak di KHTP.
Jadi, penerimaan pelaburan yang tinggi ini perlu jadi pemangkin kepada pembangunan daya tahan ekonomi negeri pada masa hadapan.
Cabaran untuk Kedah adalah berbalik kepada suatu dasar yang jelas untuk membangunkan kedua-dua industri masa depan tersebut di samping menilai garis bidang kuasa Persekutuan dan Negeri.
Benda ni kena tengok kepada apa nilai tambah ekonomi negeri, bagaimana pemindahan teknologi dan pembangunan kepakaran tempatan, apa limpahan ekonomi kepada vendor dan strategi untuk menjadikan kedua-duanya sebagai tunjang kepada High Growth High Value yang digariskan dalam RMK-13.
Masa masih panjang. Namun, ruang untuk meneroka perlu bermula sekarang.
Sebab tu aku yakin Kedah berpotensi jadi tapak baru kuasa ekonomi dalam negara suatu masa nanti, insyAllah.
Sekadar pandangan kosong.

0 Comments