Oleh: Muhamad Mat Yakim
Seolah olah MB Sanusi tidak diundang atau tidak dicadangkan, tiba tiba datang dan berucap.
Walhal, forum SG4 adalah program empat negeri ini, dan beliau adalah ketua kerajaan salah satu empat negeri itu.
Apa masalahnya?
Cuba melontar penghinaan yang langsung tiada asas.
Soal bahasa Inggeris MB yang pelat Kedah, bahasa Inggeris bukanlah bahasa pertuturan harian kebanyakan orang Kedah, terutama mereka yang berasal dari kampung.
Jadi, janganlah expect beliau bertutur dengan lancar seperti native speaker. Di mana-mana pelosok dunia pun, ada saja pemimpin atau ahli politik yang berucap dalam bahasa Inggeris dengan pekatnya pengaruh bahasa ibunda masing-masing.
Yang penting, diri sendiri faham dan orang lain juga faham.
Itulah saja bahan untuk para pembenci yang tiada modal.
Soalnya, begitu pun bahasa Inggeris beliau, rekod statistik membuktikan pelaburan asing masuk mencanak ke Kedah sejak MB Sanusi ambil alih pasa pertengahan tahun 2020.
Jangan kata ini hasil kerja MIDA semata mata pulak. Ceplos walanon yang tidak tahu apa-apa, itulah saja modalnya tapi kami yang berkhidmat dengan keeajaan negeri tahu apa yang telah diusahakan oleh pihak negeri untuk membawa masuk pelaburan ke Kedah.
Dari MB, EXCO, BPEN, Invest Kedah, PKNK, KTPC dan PBT khususnya MPKK dan PBT Kulim Hi Tech. MIDA pun tentulah juga yang mana kami tak pernah nafikan
peranan mereka pun, tapi harus diingat, MIDA agensi persekutuan, jual Malaysia bukan jual Kedah saja.
MIDA yang sama juga jual negeri negeri lain tetapi kenapa pelaburan di Kedah yang melonjak? What happen to Perak, Pahang atau Negeri Sembilan?
Semasa SG4 Business & Economic Forum, ramai duta dan pesuruhjaya tinggi negara asing yang hadir mengambil kesempatan untuk bertemu MB Sanusi. Mereka berbual mesra tanpa sebarang riak kekok atau tanda tidak memahami bahasa Inggeris beliau yang berpelat Kedah itu, seperti yang dijadikan bahan hinaan oleh sesetengah pihak.
Dengan Duta Amerika Syarikat, MB malah sempat mengusik beliau tentang lagu John Denver, Take Me Home, Country Roads. Katanya, beliau pernah mendengar Duta itu menyanyikan lagu tersebut dengan begitu baik sekali.
Soal beliau suka bergurau, begitulah pembawaan diri MB Kedah. Jangan pukul rata seolah-olah semua orang tidak boleh menerima atau tidak menyukai sikap sedemikian.
Kita mungkin tidak suka kerana perbezaan politik. Namun, bagi orang luar, pendekatan yang berbeza daripada gaya lazim itulah yang membuatkan mereka tertarik dengan pembawaan MB Sanusi yang bersahaja.
Tak guna ada pemimpin yang fluent bertutur bahasa Inggeris tapi yang tak berkemampuan mengurus dan memimpin. Nak sebut detail nanti ada yang terasa pulak.
Dengan Pesuruhjaya Tinggi India, misalnya, beliau boleh berbual tentang bintang filem dan lagu-lagu daripada filem Hindi.
Pernah dalam satu majlis di Kuala Lumpur, ketika menyampaikan ucapan, beliau turut mengucapkan takziah kepada rakyat India atas kematian seorang bintang filem negara itu. Dua wakil dari India yang bertemu saya pada majlis tersebut menyatakan kekaguman mereka terhadap sikap MB Kedah.
Pesuruhjaya Tinggi India kemudiannya meminta agar satu lagi pertemuan diadakan dan tidak lama selepas itu, beliau datang ke Alor Setar.
Dengan Duta Amerika Syarikat baru-baru ini, apabila mengetahui bahawa diplomat itu merupakan bekas anggota US Marine, mereka turut berbual sedikit tentang itu.
MB Sanusi sendiri mempunyai pengalaman sebagai anggota PALAPES TLDM.
Jadi, begitulah. Untuk menjadi insan yang budiman dan berwibawa, jangan melihat dunia dengan sebelah mata sahaja. Dunia ini, bukan hanya dua warna.
Kadangkala, perkara yang kita jadikan bahan ejekan itulah yang membuatkan orang lain tertarik. Dan kadangkala, kelemahan yang kita dakwa ada pada seseorang itu sebenarnya tidak pernah menjadi penghalang untuk beliau membina hubungan yang baik dengan orang lain.
0 Comments