TAK SEMUA PERTIKAIAN POLITIK PERLU DIBAWA KE MAHKAMAH

 

Oleh: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

Peguam

Ini bukan kenyataan politik.

Seorang ahli parlimen dilapor mengatakan kalau benar DAP anti-Melayu atau mengancam Islam, bawa ke mahkamah.

Pada saya ia agak simplistik. Tidak semua persoalan politik, ideologi atau dasar yang dipertikaikan boleh diterjemahkan menjadi kesalahan jenayah yang boleh didakwa di mahkamah ataupun menjadi kes sivil. 

Mahkamah menentukan kesalahan undang-undang berdasarkan bukti dan peruntukan serta melupuskan pertikaian sivil, ia bukan forum untuk menentukan sama ada sesuatu parti mempunyai kecenderungan politik atau dasar yang dianggap merugikan kepentingan Melayu dan Islam. 

Lebih penting, Ahli Parlimen tersebut sepatutnya menjawab substansi dakwaan tersebut, bukannya sekadar mencabar PAS membawa isu itu ke mahkamah. 

Jika beliau yakin DAP tidak pernah mengancam kedudukan Melayu dan Islam, beliau boleh menjelaskan secara konkrit apakah pendirian DAP mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, institusi Raja-Raja Melayu serta bidang kuasa agama Islam. 

Perdebatan politik sepatutnya dijawab dengan dasar dan rekod, bukan dengan mengalihkan beban perbahasan kepada mahkamah.

Bagi saya tak perlulah membawa semua perkara ke mahkamah.

Mahkamah pun telah dilambakkan dengan banyak kes tertangguh.

Bak kata Ashraff Nazrin, kes mahkamah mengkayakan peguam sahaja (walaupun saya tak berapa setuju sebab tak semua peguam kaya). 


Ada banyak cara lain lagi, mahkamah seharusnya menjadi pilihan terakhir.

Post a Comment

0 Comments