PEMBENTANGAN RUU KESALAHAN SYARIAH (KELANTAN) 2026 SERLAH PENDIRIAN PAS PERTAHAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

 

Oleh: Dato’ Hj Ahmad Yahaya

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Ahli Parlimen Pokok Sena

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menzahirkan sokongan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Haji Hassan, yang menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan akan menggubal semula Enakmen Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu hadapan.

DUPP berpandangan usaha tersebut bukan sahaja melambangkan keseriusan Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh PAS untuk terus mempertahankan keabsahan undang-undang syariah bahkan apa yang lebih utama adalah tindakan proaktif di peringkat negeri untuk menjalankan bidang kuasa negeri sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Tambahan lagi, Kerajaan Negeri juga mengambil langkah yang positif untuk memastikan penggubalan enakmen kesalahan syariah itu dengan mengambil kira penghakiman kew yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan khususnya dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & seorang lagi lwn Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Februari 2024.

DUPP mengharapkan agar langkah proaktif yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini disokong oleh semua pihak bagi memastikan usaha mempertahankan undang-undang syariah terus dimartabat. 

Insya-Allah semoga undang-undang syariah akan terus terpelihara dalam negara ini.

Post a Comment

0 Comments