Oleh: Dr. Yusfarizal Yussoff
Peguam
Ketua Penerangan PAS Selangor
1. MB Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor kata Kedah sudah cuba sedaya upaya. Membuat polisi Kerajaan Negeri (yang dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan) untuk tidak benarkan lesen premis judi. Pendirian Kedah, itu kuasa negeri.
2. Taukeh judi cabar di Mahkamah. Mahkamah Tinggi isytihar Negeri Kedah tiada kuasa, kerana kuasa itu adalah kuasa Persekutuan.
3. Mahkamah Rayuan setuju dengan Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan kata:-
1️⃣ “In substance and effect, it (keputusan Kedah) prevented the respondents (tauke judi) from carrying on pool betting activities LICENSED BY THE MINISTER OF FINANCE under the PBA 1967”
2️⃣ “It (Kedah) may not, however, use that power to nullify, impede or defeat the FEDERAL LICENSING FRAMEWORK governing betting and lotteries”.
3️⃣ “Whatever it may not do is adopt a blanket policy whose object and effect are to prohibit throughout the State the operation of an activity UNDER A FEDERAL STATUTE IN A FEDERAL FIELD”.
Penekanan ditambah.
3A. Rayuan ke Mahkamah Persekutuan tidak melepasi ambang kebenaran. Itu teknikal undang-undang.
4. Natijahnya, perjuangan Negeri Kedah melalui salur undang-undang tamat di situ.
5. Terlalu jelas, kuasa mengeluarkan lesen judi ialah kuasa Menteri Kewangan dibawah Seksyen 5 Akta Pertaruhan 1967. Sekarang orang yang sama dengan PMX.
6. Sebelum ini, Menteri Kewangan keluarkan lesen judi. Kedah batalkan LESEN PREMIS JUDI. Natijahnya, kedai judi tidak boleh dibuka.
7. Tindakan Kedah batalkan LESEN PREMIS JUDI telah diisytihar tanpa kuasa yang sah oleh Mahkamah.
8. Maknanya, tinggallah LESEN JUDI yang berada di bawah kuasa Menteri Kewangan.
9. Maka ia tertakluk kini kepada pendirian Menteri Kewangan. Mahu terus luluskan LESEN JUDI di Kedah atau tidak?
10. Sebab itu, Sanusi pulangkan bola itu kepada PMX.
11. Apa yang susah sangat nak faham?
12. Bab menaikkan cabutan kepada 22 cabutan semasa PAS dalam Kerajaan sudah dijawab oleh PMX sendiri dalam Parlimen. Kata beliau, PAS dikecualikan kerana tidak tahu, dan kalau dibawa dalam kabinet, tentu PAS akan bantah.
13. Apapun, PAS telah suarakan bantahan sedari awal di dalam Parlimen melalui YB Fadhli Shaari.
14. Jadi yang PKR bingung sangat ini kenapa ya?

0 Comments