Oleh: Dato’ Mansor Mahamood
Pengerusi MN Kedah
Tiada yang lebih penting di mata rakyat mahu melihat penyatuan ummah melalui dua parti terbesar melayu islam di malaysia ini bergabung dengan satu process kesefahaman , kerjasama serta kehormonian yang di jadikan asas utama ke arah penyatuan tersebut.
Waima apa juga nama yang di cetuskan kekal kesefahaman antara kedua- dua parti ini perlu menjadi satu identiti kepada orang-orang melayu dan islam di bumi malaysia ini kemuafakatan sebegini sudah terbukti membawa kestabilan politik negara serta berpegang teguh yang mana tidak menafikan hak kaum lain malah mengalu-alukan kerjasama ke arah memajukan negara
Kerjasama BN dan PN di Negeri Sembilan boleh di sifatkan sebagai Muafakat Nasional 2.0 ini adalah kesefahaman yang rakyat tunggu-tunggu selama ini dan kesefahaman ini juga adalah yang hadiah istemewa yang amatlah bernilai untuk orang melayu islam khas di negeri sembilan kerana ianya di usahakan di atas pengorbanan serta sifat ego di tepikan demi kelangsungan perpaduan ummah yang di tuntut dalam islam.
Sudah tentu asas-asas yang kukuh harus di jadikan pegangan dalam kesefahaman ini yang boleh diketengahkan sebagai pendapat.
• MATLAMAT - Mengutamakan kestabilan politik negeri sembilan agar tadbir urus dan pembangunan dapat di laksanakan tanpa di ganggu gugat oleh golongan yang tidak hormati sistem perlembagaan diraja
• MENYEDARI – Rundingan pembahagian kerusi yang di persetujui dapat mengurangkan undi berpecah dan peluang menewaskan lawan dalam pertandingan dua penjuru boleh mencapai kemenangan dengan majority yang selesa.
• MENGHORMATI – Kedua-dua gabungan berkongsi beberapa pendirian dalam isu berkaitan kepentingan Melayu, Islam, institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, di samping menghormati masyarakat majmuk negara malaysia.
• KEPERCAYAAN – Kepimpinan kedua-dua pihak melihat PRN Negeri Sembilan sebagai medan menguji keberkesanan kerjasama yang berpotensi diperluaskan pada masa hadapan serta mendapat keyakinan dari sokongan dan dokongan rakyat.
• MENGINSAFI - Dengan penuh keikhlasan, berikrarlah demi AGAMA,BANGSA ,NEGARA akan memelihara semangat kemuafakatan serta memperkukuhkan perpaduan dalam usaha mewariskan sebuah negara yang stabil, harmoni dan bermaruah kepada generasi akan datang, serta akan menolak segala bentuk perpecahan, fitnah, kebencian permusuhan yang boleh melemahkan perpaduan umat.
• SENANG DIRI 10 SAAT hilang emosi dengan ucapan kalimah sahadah semoga berlapang dada UNDI ANDA DEMI PERPADUAN UMMAH
ƁERSATULAH WAHAI MUSLIMIN'
PENGERUSI
MUAFAKAT NASIONAL
PERHUBUNGAN NEGERI KEDAH
LOVE - UNITY- RESPECT

0 Comments